Thursday, August 30, 2012

Ikhlaskah BerFB?

Aku rasa macam nak mula slow-slow tak nak post banyak sangat FB. Mungkin tidak buat masa ini. Teringat aku pada satu artikel Ustaz Hasrizal pernah keluarkan sebelum ni pasal penjara Facebook. Facebook memang akan jadi penjara bagi orang yang tak ada kerja macam aku ni (atau sebenarnya berlambak-lambak je keje tapi tak pernah siap!!)

Kenapa aku tak nak post dah apa-apa kat Facebook?

Pasal, aku dah mula boring dan muak dengan sikap yang macam menagih simpati, minta orang belas kasihan orang like dan comment.

Aku pun macam tu jugak. Addict tak pasal-pasal menghadap mukabuku. Biasanya setiap hari mesti terkejar-kejar nak online dan log in FB. Apa barang? Dari mana kekuatan keinginan untuk sentiasa bernafsu terbelenggu dengan FB?

Sebab selalu post perkara-perkara yang baik. Mula la rasa suka semacam kalau ramai orang like atau comment satu-satu post tu. Lepas tu, pergi kelas pun tak tenang. Rasa nak cepat-cepat balik online, ngadap laptop tengok berapa orang dah like, sape yang tengah komen. Rasa macam dah glamor sangatla! Daripada situ syaitan mula sogok dengan macam-macam jenis bisikan. Tetiba perasaan bangga dengan diri sendiri, bajet bagus hinggap. pfffttt

Dah tu, belah mana ikhlas pun aku tak tahu. Hidup kita ni ibadah. Apa saja yang kita buat kerana Allah, akan jadi ibadah. Surah Az Zariyat, ayat 56. Jelas. Dah tu, kalau ikhlas takde, apa jadi? Dumb la. Takde ape. Ibarat debu berterbangan. ceh

Ya Allah, apa yang aku dapat kalau aku post ajak orang buat baik tapi sebenarnya hanya nak dapat perhatian dan sokongan jitu dari para pengelike dan pengomen??

-_- (muka stress kang Gary)

Haish, itulah. Banyak rupanya dugaan dalam berFB, usahkan benda lain. Pasal tu kena selalu minta dengan Allah agar hati selalu berada di landasan yang betul dalam melakukan apa saja pekerjaan. Nak ajak orang buat baik tu dah betul, tapi part yang mengharapkan belas ehsan friends untuk like dan komen itu yang tak berapa nak cantik sangat.

Jadi, in order to kurangkan addict aku pada FB, aku beralih kepada blog. No butang like. Hanya ada ruang komen yang kecik empat segi molek kat bawah kalau korang nak berinteraksi dengan aku.

Sebelum terlupa, nak bagitahu yang aku banyak ambik ibrah dari mamat ni. Dia redah je, free style. Dia berVlog untuk kepuasan diri, bukan dipaksa-paksa.

*Aku pun dah stress macam beliau. -_- (muka Gary-sshi stress)

Tuesday, August 28, 2012

Lelah Hikikomori

Kadang-kadang, hikikomori seolah satu terapi untuk aku. Terapi memuhasabah diri dengan melempar jauh-jauh hiruk pikuk urusan-urusan yang tidak berkesudahan. Perjuangan yang belum selesai! *heh

Nah, blog ni akan jadi tempat aku melepas lelah. Selain melepas rasa dan perasaan di sejadah, blog ini penyudahnya. Penyimpul dan penyimpan.

It's plugging on my ears and singing my chillhood songs in order me to calm my days and move forward! Hidup ini banyak rintangannya. Cara untuk menerimanya dengan menulis meluah sebanyaknya! Agar ia tidak terbungkam, tidak terbuang, dan kemudian menjadi kenangan dan pengajaran di masa akan datang.


The most important thing is, this diary's blog will accept me for who i am. It's hard to people recognize me. Kemudian, tidak menilai aku sesedap rasa tanpa meneliti dan memahami sebab asbab sesuatu perkara terjadi. Wah, di sinilah aku mahu terbang sebebasnya! ^^

Apa pun, jangan sesekali menyalahkan Tuhan. (Kita?) ni kadang banyak menyalahkan Tuhan. Sedangkan kita ni hak milik Tuhan, Dia yang memahami kehendak dan keperluan kita. Tanpa perlu disebut dan diulang-ulang, Allah tetap mendahului sayang mak ayah kita. Tanpa ragu, percayalah. Dia mengasihiMu lebih dari yang kau tahu!