Wednesday, December 5, 2012

Tegur Kerana Sayang

Saya juga pernah ditegur tentang akhlak dan sikap saya oleh rakan-rakan, pensyarah, senior bahkan junior pun. Biar pada mulanya pedih tak tahu nak cakap apa, tapi HAKIKATnya saya sangat memerlukan teguran-teguran sebegitu dan saya mengucapkan terima kasih kepada yang pernah menegur saya. Kamsahamnida, toche, syukran, thank you!^

Dan Allah s.w.t. juga sudah bagitahu pada surah al Asr, ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Orang beriman tu sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran yakni sentiasa memperingati antara satu sama lain tentang suruhan dan larangan Allah. Indah kan? Dan mereka juga berpesan-pesan dengan sabar. Sabar dalam memberi peringatan dan menerima peringatan. Bersabar atas ujian, bersabar dalam melakukan ketaatan, bersabar menentang kemungkaran dan bersabar atas kekurangan dan juga kemudahan hidup.

Sememangnya, saya tidak pernah merasakan diri layak untuk menegur orang lain sedangkan diri sendiri masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Sesekali tidak pernah. Cuma kadang-kadang rasa terpanggil untuk menegur setakat mampu kerana memperingati sesama kita adalah suatu kewajipan.

Satu hari nanti, di padang masyar kelak, pasti aku akan ditanya tentang amanah dan tanggungjawabku di dunia. Dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perkara.

Kerana beriman dengan perkara ini, aku menegur kamu. Biarpun ia kecil di pandangan orang. Biarpun perkara tersebut men'ceroboh' privasimu. Kerana aku tidak menegur kalau tak sayang.



Friday, September 7, 2012

Revolusi Sikap

Saya suka baca news feed, post-post yang dipublish friends saya di Facebook. Banyak yang mereka kongsi, tips, nasihat, resepi, fakta, isu semasa dan sebagainya. Tidak keterlaluan jika saya bagitahu, saya banyak muhasabah diri dengan kata-kata nasihat yang dipaparkan. Terasa semuanya ditujukan pada diri yang serba dhaif ini.

Lantas, saya ambil keputusan untuk diam dan muhasabah diri. Saya kena banyak diam. Diam dan memerhati. Bukan sekadar diam namun muhasabah setelah banyak hari berlalu tanpa muhasabah akhlak dan sikap yang tidak berkenan pada mata Allah dan juga manusia.

Bila check diri balik, banyaknya akhlak dan sikap yang buruk pada diri saya. Selama ni saya ingat, sikap seperti itu adalah berupa cool dan sempoi. Namun, cool atau sempoikah jikalau dibenci Allah dan di'menyampahkan oleh manusia sekeliling?

Alangkah indahnya pakaian yang menutup aurat itu diiringi dengan akhlak yang baik dan terpuji.

-_-

Allah Maha Melihat biarpun manusia sekeliling tidak tahu. Kita takut atau risau kalau-kalau manusia tahu keburukan dosa yang kita lakukan, namun kita tidak pernah risau dan takut kepada pencipta yang tidak terhalang langsung untuk mengetahui apa-apa saja yang kita lakukan.

Thursday, August 30, 2012

Ikhlaskah BerFB?

Aku rasa macam nak mula slow-slow tak nak post banyak sangat FB. Mungkin tidak buat masa ini. Teringat aku pada satu artikel Ustaz Hasrizal pernah keluarkan sebelum ni pasal penjara Facebook. Facebook memang akan jadi penjara bagi orang yang tak ada kerja macam aku ni (atau sebenarnya berlambak-lambak je keje tapi tak pernah siap!!)

Kenapa aku tak nak post dah apa-apa kat Facebook?

Pasal, aku dah mula boring dan muak dengan sikap yang macam menagih simpati, minta orang belas kasihan orang like dan comment.

Aku pun macam tu jugak. Addict tak pasal-pasal menghadap mukabuku. Biasanya setiap hari mesti terkejar-kejar nak online dan log in FB. Apa barang? Dari mana kekuatan keinginan untuk sentiasa bernafsu terbelenggu dengan FB?

Sebab selalu post perkara-perkara yang baik. Mula la rasa suka semacam kalau ramai orang like atau comment satu-satu post tu. Lepas tu, pergi kelas pun tak tenang. Rasa nak cepat-cepat balik online, ngadap laptop tengok berapa orang dah like, sape yang tengah komen. Rasa macam dah glamor sangatla! Daripada situ syaitan mula sogok dengan macam-macam jenis bisikan. Tetiba perasaan bangga dengan diri sendiri, bajet bagus hinggap. pfffttt

Dah tu, belah mana ikhlas pun aku tak tahu. Hidup kita ni ibadah. Apa saja yang kita buat kerana Allah, akan jadi ibadah. Surah Az Zariyat, ayat 56. Jelas. Dah tu, kalau ikhlas takde, apa jadi? Dumb la. Takde ape. Ibarat debu berterbangan. ceh

Ya Allah, apa yang aku dapat kalau aku post ajak orang buat baik tapi sebenarnya hanya nak dapat perhatian dan sokongan jitu dari para pengelike dan pengomen??

-_- (muka stress kang Gary)

Haish, itulah. Banyak rupanya dugaan dalam berFB, usahkan benda lain. Pasal tu kena selalu minta dengan Allah agar hati selalu berada di landasan yang betul dalam melakukan apa saja pekerjaan. Nak ajak orang buat baik tu dah betul, tapi part yang mengharapkan belas ehsan friends untuk like dan komen itu yang tak berapa nak cantik sangat.

Jadi, in order to kurangkan addict aku pada FB, aku beralih kepada blog. No butang like. Hanya ada ruang komen yang kecik empat segi molek kat bawah kalau korang nak berinteraksi dengan aku.

Sebelum terlupa, nak bagitahu yang aku banyak ambik ibrah dari mamat ni. Dia redah je, free style. Dia berVlog untuk kepuasan diri, bukan dipaksa-paksa.

*Aku pun dah stress macam beliau. -_- (muka Gary-sshi stress)

Tuesday, August 28, 2012

Lelah Hikikomori

Kadang-kadang, hikikomori seolah satu terapi untuk aku. Terapi memuhasabah diri dengan melempar jauh-jauh hiruk pikuk urusan-urusan yang tidak berkesudahan. Perjuangan yang belum selesai! *heh

Nah, blog ni akan jadi tempat aku melepas lelah. Selain melepas rasa dan perasaan di sejadah, blog ini penyudahnya. Penyimpul dan penyimpan.

It's plugging on my ears and singing my chillhood songs in order me to calm my days and move forward! Hidup ini banyak rintangannya. Cara untuk menerimanya dengan menulis meluah sebanyaknya! Agar ia tidak terbungkam, tidak terbuang, dan kemudian menjadi kenangan dan pengajaran di masa akan datang.


The most important thing is, this diary's blog will accept me for who i am. It's hard to people recognize me. Kemudian, tidak menilai aku sesedap rasa tanpa meneliti dan memahami sebab asbab sesuatu perkara terjadi. Wah, di sinilah aku mahu terbang sebebasnya! ^^

Apa pun, jangan sesekali menyalahkan Tuhan. (Kita?) ni kadang banyak menyalahkan Tuhan. Sedangkan kita ni hak milik Tuhan, Dia yang memahami kehendak dan keperluan kita. Tanpa perlu disebut dan diulang-ulang, Allah tetap mendahului sayang mak ayah kita. Tanpa ragu, percayalah. Dia mengasihiMu lebih dari yang kau tahu!