Saya juga pernah ditegur tentang akhlak dan sikap saya oleh rakan-rakan, pensyarah, senior bahkan junior pun. Biar pada mulanya pedih tak tahu nak cakap apa, tapi HAKIKATnya saya sangat memerlukan teguran-teguran sebegitu dan saya mengucapkan terima kasih kepada yang pernah menegur saya. Kamsahamnida, toche, syukran, thank you!^
Dan Allah s.w.t. juga sudah bagitahu pada surah al Asr, ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Orang beriman tu sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran yakni sentiasa memperingati antara satu sama lain tentang suruhan dan larangan Allah. Indah kan? Dan mereka juga berpesan-pesan dengan sabar. Sabar dalam memberi peringatan dan menerima peringatan. Bersabar atas ujian, bersabar dalam melakukan ketaatan, bersabar menentang kemungkaran dan bersabar atas kekurangan dan juga kemudahan hidup.
Sememangnya, saya tidak pernah merasakan diri layak untuk menegur orang lain sedangkan diri sendiri masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Sesekali tidak pernah. Cuma kadang-kadang rasa terpanggil untuk menegur setakat mampu kerana memperingati sesama kita adalah suatu kewajipan.
Satu hari nanti, di padang masyar kelak, pasti
aku akan ditanya tentang amanah dan tanggungjawabku di dunia. Dari
sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perkara.
Kerana
beriman dengan perkara ini, aku menegur kamu. Biarpun ia kecil di
pandangan orang. Biarpun perkara tersebut men'ceroboh' privasimu. Kerana
aku tidak menegur kalau tak sayang.
No comments:
Post a Comment