Thursday, August 30, 2012

Ikhlaskah BerFB?

Aku rasa macam nak mula slow-slow tak nak post banyak sangat FB. Mungkin tidak buat masa ini. Teringat aku pada satu artikel Ustaz Hasrizal pernah keluarkan sebelum ni pasal penjara Facebook. Facebook memang akan jadi penjara bagi orang yang tak ada kerja macam aku ni (atau sebenarnya berlambak-lambak je keje tapi tak pernah siap!!)

Kenapa aku tak nak post dah apa-apa kat Facebook?

Pasal, aku dah mula boring dan muak dengan sikap yang macam menagih simpati, minta orang belas kasihan orang like dan comment.

Aku pun macam tu jugak. Addict tak pasal-pasal menghadap mukabuku. Biasanya setiap hari mesti terkejar-kejar nak online dan log in FB. Apa barang? Dari mana kekuatan keinginan untuk sentiasa bernafsu terbelenggu dengan FB?

Sebab selalu post perkara-perkara yang baik. Mula la rasa suka semacam kalau ramai orang like atau comment satu-satu post tu. Lepas tu, pergi kelas pun tak tenang. Rasa nak cepat-cepat balik online, ngadap laptop tengok berapa orang dah like, sape yang tengah komen. Rasa macam dah glamor sangatla! Daripada situ syaitan mula sogok dengan macam-macam jenis bisikan. Tetiba perasaan bangga dengan diri sendiri, bajet bagus hinggap. pfffttt

Dah tu, belah mana ikhlas pun aku tak tahu. Hidup kita ni ibadah. Apa saja yang kita buat kerana Allah, akan jadi ibadah. Surah Az Zariyat, ayat 56. Jelas. Dah tu, kalau ikhlas takde, apa jadi? Dumb la. Takde ape. Ibarat debu berterbangan. ceh

Ya Allah, apa yang aku dapat kalau aku post ajak orang buat baik tapi sebenarnya hanya nak dapat perhatian dan sokongan jitu dari para pengelike dan pengomen??

-_- (muka stress kang Gary)

Haish, itulah. Banyak rupanya dugaan dalam berFB, usahkan benda lain. Pasal tu kena selalu minta dengan Allah agar hati selalu berada di landasan yang betul dalam melakukan apa saja pekerjaan. Nak ajak orang buat baik tu dah betul, tapi part yang mengharapkan belas ehsan friends untuk like dan komen itu yang tak berapa nak cantik sangat.

Jadi, in order to kurangkan addict aku pada FB, aku beralih kepada blog. No butang like. Hanya ada ruang komen yang kecik empat segi molek kat bawah kalau korang nak berinteraksi dengan aku.

Sebelum terlupa, nak bagitahu yang aku banyak ambik ibrah dari mamat ni. Dia redah je, free style. Dia berVlog untuk kepuasan diri, bukan dipaksa-paksa.

*Aku pun dah stress macam beliau. -_- (muka Gary-sshi stress)

No comments:

Post a Comment